MAKLUMAN

MAKLUMAN:

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan yang berhampiran dengan lokasi kami. Namun untuk yang berada di luar kawasan kami, sedikit caj penghantaran dikenakan. (Caj bergantung kepada jarak lokasi anda)

Sunday 20 March 2016

PUTERI AYU

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu resepi kuih yang amat saya gemari iaitu PUTERI AYU. Seindah namanya secantik rupanya dan sesedap rasanya...hehehe. Membuatnya pun mudah..sukatan tak perlu ditimbang.

Resepi ini telah lama saya simpan yang saya peroleh dari jintanmanis.com. Dan sumber asalnya adalah dari rohaya1710@myresepi . Sedap rasa kuihnya. Satu  adunan boleh menghasilkan hingga 30 biji. Jom tengok resepinya..





Sumber: jintanmanis.com
Resepi asal: rohaya1710@myresepi

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum (tambah sedikit baking powder)
1 cawan santan
1 s/k ovellate
1 s/k perisa pandan
pewarna hijau
kelapa parut (putih sahaja) ditambah sedikit tepung gandum/ubi dan digaul dengan sedikit garam

Cara-cara membuatnya

- Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul lagi hingga betul-betul kembang.
- Masukkan ovellate. Pukul lagi hingga ovellate tidak kelihatan
- Kemudian masukkan tepung gandum, santan, perisa pandan dan pewarna. Pukul sebati
- Masukkan kelapa dalam acuan. Tekan sedikit
- Masukkan bancuhan tepung
- Kukus selama 7 minit
- Siap...

No comments:

Post a Comment